Pada 12 Jun 2016 hari ahad yang lalu. NGO iaitu Yayasan Prihatin Insan (YPI) telah mengadakan sebuah program CSR Ceria Raya Aidilfitri bersama anak-anak yatim di sekitar Gombak bertempat di Giant Hypermarket Batu Caves.
Program ini mendapat kerjasama Giant Hypermarket Batu Caves yang bersetuju menyediakan tempat membeli-belah dan KOI WISHER BROTHERHOOD selalu kenderaan rasmi untuk anak-anak yatim dan IM Global Property Consultants berbesar hati untuk menjadi penaja Utama untuk program ini.
Terima kasih kepada semua warga kerja IMG yang menyokong dan menjadi sukarelawan untuk program kebajikan ini. Sesungguhnya Allah menyayangi mereka yang berbuat baik dengan anak-anak yatim.
“Dan berbuat baiklah kepada ibu bapak dan kaum kerabat serta anak–anak yatim dan orang-orang miskin.”
(Al Baqarah ayat 83).