Assalamualaikum
Perunding Hartanah(PH) atau Real Estate Negotiator adalah individu yang memiliki kebenaran daripada pihak Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) untuk terlibat dalam urusan jual beli hartanah. Mereka memiliki ‘Ren Tag’ yg melayakkan mereka menjalankan urusan berkaitan Penjualan, Pembelian dan Sewaan Hartanah setelah dilantik oleh Pemilik hartanah atau bakal Pembeli Hartanah. Individu yang berdaftar sebagai PH, mereka memiliki REN No yang mewakili diri mereka. Didahului dengan ‘REN’ yang mewakili Real Estate Negotiator dan diikuti 5 angka, contohnya REN 14486.. Untuk memastikan kebenaran REN No ini, anda boleh membuat semakan di Laman Web LPPEH www.lppeh.gov.my. Perunding Hartanah Berdaftar menawarkan perkhidmatan, kemahiran dan kepakaran dalam rundingan hartanah
PH adalah mereka yang menjalankan amalan profesional yang tertakluk kepada ‘Malaysian Estate Agency Standards’. Manakala Broker hartanah pula adalah individu yang tidak memiliki Ren No dan mereka tidak dilindungi atau terikat dengan mana-mana badan yang berwajib. Mereka tidak memiliki ‘standard’ yang perlu diamalkan dan hal ini menyebabkan Broker berani mengambil bayaran tanpa had (ditetapkan sendiri) yang diambil daripada kedua-dua pihak pembeli dan penjual hartanah. Oleh itu, elakkan diri anda daripada menjadi mangsa Broker Hartanah dan berurusanlah dengan Perunding Hartanah Berdaftar.
Hartanah (rumah atau tanah) merupakan produk yang akan didagangkan dalam transaksi penjualan. Antara skop kerja PH adalah menasihatkan Pemilik hartanah untuk menjualkan hartanah mereka mengikut harga pasaran semasa, memastikan keadaan hartanah adalah baik dan berpatutan dengan harga pasaran yang ingin dijual oleh pemilik, membuat pengiklanan hartanah melalui online(Propertyguru, Mudah.my, iproperty, propwall, media sosial spt Facebook dan Instagram) dan offline(surat khabar, flyers, face to face, networking dan database).
PH juga perlu membawa prospek pembeli melawat dan melihat hartanah yang ingin dijual disamping memastikan prospek pembeli adalah mereka yang layak membuat pembelian yang bermaksud bakal pembeli adalah individu yang bersih dalam rekod CCRIS, CTOS atau blacklist. Bakal pembeli mestilah mereka yang mempunyai DSR (Debt Service Ratio) yang baik seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
Setelah kedua-dua pihak iaitu ‘willing buyer’ dan ‘willing Seller ‘ bersetuju dan mencapai kata sepakat dalam penjualan hartanah, PH perlu menyediakan dokumen yang berkaitan serta mengesyorkan Bank dan Peguam utk melengkapkan urusan jual beli hartanah tersebut sehingga S&P ‘Sale and Purchase Agreement’/ Perjanjian Jual Beli ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam tempoh 14hari bekerja selepas ‘Letter Offer’ ditandatangani.
Kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya sebagai Perunding Hartanah, anda perlu menghadiri kursus 2 hari dengan Institusi yang dilantik oleh LPPEH dan daftarkan diri anda dengan Agensi Hartanah Berdaftar seperti IM Global Property Consultants Sdn Bhd dan lain-lain Agensi Hartanah yang terdapat di Malaysia.
‘Hartanah anda adalah keutamaan kami’
Artikel Oleh Nur Solehati (18 JUN 2016 SABTU)