Pernah dengar orang selalu sebut leasehold?? Benda apa tuu?
Leasehold atau pegangan berstatus pajakan merupakan jenis pegangan ke atas hartanah itu untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Kebiasaan yang kita ketahui, masa pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri/pejabat tanah adalah 99 tahun.
Untuk leasehold, persoalan utama yang sering bermain di fikiran pembeli adalah apa yang akan terjadi sekiranya tempoh pajakan tersebut tamat? Sekiranya pajakan tanah tersebut tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri, walaubagaimanapun, jarang berlaku senario ini kerana pemilik hartanah akan diberi peluang untuk memperbaharui tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadar nilai hartanah semasa.
Untuk memperbaharui pajakan tanah, pemilik tidak perlu untuk menunggu sehingga tempoh pajakan tamat, apabila baki tempoh masih tinggal 30-50 tahun, pemilik tanah sudah boleh untuk memperbaharui tempoh pajakan.
Jangan lupa SHARE posting ini jika membantu anda 😘