Pembinaan LRT3 ini akan menjadi booster terbaru terutama terutamanya di kawasan-kawasan sekitarnya. Ia dijangka beroperasi pada Q3 2020. Keadaan ekonomi masa kini dilihat baik dan semakin pulih serta sudah semestinya pasaran hartanah akan menjanjikan lebih KESERONOKAN.
FAKTA-FAKTA MENARIK PROJEK LRT 3:
- Jaluran LRT 3 sepanjang 37 km. 2 km SUBWAY (Landasan bawah tanah)
- Merangkumi 26 stesen bermula dari BANDAR UTAMA – JOHAN SETIA
- Dijangka siap pada 31 Ogos 2020.
- Perjalanan dari hujung stesen ke hujung stesen (Bandar Utama ke Johan Setia) dianggar 58 minit perjalanan.
- Maksima kelajuan coc adalah 80 km/j
- LRT 3 dianggar untuk menampung 74,000 penumpang sehari menjelang tahun 2020.
- Sejumpah 6,000 parkir disediakan di stesen-stesen LRT 3.
- Prasarana dan Infrastruktur LRT 3 menggunakan teknologi terkini yang diiktiraf antarabangsa. Jajaran ini juga menggunakan ‘Teknologi Hijau’ dan memenuhi stamdard kualiti yang premium. Pembangunan infrastruktur ini dapat berjalan dengan lancar kerana menggunakan teknologi pasang siap (precast).
- Perdana Menteri Malaysia turut mengumumkan diskaun 50% bagi perjalanan dari pukul 6 pagi ke 7 pagi
KELEBIHAN LRT 3:
1. Meningkatkan jaluran pengankutan awam
Dengan adanya Jaluran LRT ini, ia dapat meninggkatkan kapasiti jaluran pengankutan awam bagi menampung jangkaan 2 juta populasi di Koridor Barat Kuala Lumpur / Lembah Klang menjelang tahun 2020.
2. Meninggkatkan aksibiliti Koridor Barat
Koridor Barat Merupakan akses kepada Port Klang, yang juga merupakan Port yang ke 13 paling sibuk di Dunia. Dengan adanya Jajaran LRT 3, ia akan meningkatkan kapasiti pengangkutan awam.
3. Menjana dan Mencetus Ekonomi
- LRT 3 dapat menjana dan mencetus ekonomi sedia ada sepanjang jajaran nya.
- Dengan pesatnya ekonomi, secara tidak langsung akan meningkatkan densiti penduduk setempat.
- Bila densiti penduduk meningkat, akan adanya demand untuk perumahan.
- Bila demand tinggi, secara tidak langsung nilai perumahan akan meningkat.
- LRT 3 akan menyebabkan pembangunan ‘mix-used real estate’ development di sekitar jajaran. Lantaran itu, pembangunan perumahan disekitar jajaran akan mendapat faedah ‘Transit Oriented Development’.
- Jajaran LRT 3 menghubungi township dan badar-bandar yang akan mengukuhkan integrasi ekonomi.
- LRT 3 meluaskan pasaran pekerja. Mungkin dahulu akses ke sesuatu kawasan terhad, dengan adanya jajaran ini, lebih banyak kawasan boleh di akses dan meningkatkan peluang pekerjaan.
LIPUTAN EKSLUSIF MAJLIS PELANCARAN LRT 3 oleh Aynal Maryam
Credit Planet Jaeger