Projek yang ditunggu-tunggu telah pun mencapai kata sepakat di antara dua Negara.
Satu memorandum persefahaman ( MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Singapura berkenaan dengan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura telah ditandatangani. Majlis menandatangani dokumen itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Mou itu ditandatangani antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan rakan sejawatannya Menteri Penyelaras infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.
Perjanjian itu menyatakan bahawa akan ada 8 stesen Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Bandar Malaysia dan Singapura.
Akan ada 6 stesen perantaraan dan ianya akan terletak di Seremban, Ayer Keroh , Muar , Batu Pahat dan Iskandar
Puteri Johor. Semua stesen akan direka untuk berintegrasi dengan sistem pengangkutan awam tempatan untuk memastikan penyambungan lancar. Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) itu akan bergerak pada kelajuan tertinggi lebih daripada 300 km / h.
Kedua-dua Malaysia dan Singapura juga bersetuju untuk mengambil tanggungjawab untuk membangun, membina dan menyenggara infrastruktur awam dan stesen dalam negara mereka sendiri, yang akan dilaksanakan oleh MyHSR Corporation dan LTA ( sebagai InfraCos ) masing-masing di Malaysia dan Singapura.
Keretapi Berkelajuan Tinggi itu akan mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit. Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) itu juga dijangka mengubah lanskap ekonomi terutamanya di Malaysia. Projek ini dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2026