2 September 2016
Category Article & Event
2 September 2016,
 0

Kerajaan sedang merangka skim baharu untuk membantu pembeli rumah pertama mendapatkan pinjaman perumahan yang dijangka diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017, bulan depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pihak­nya sedang mengadakan perbincangan dengan Bank Negara serta empat bank komersial iaitu Maybank, CIMB Bank, Am Bank dan RHB Bank berkenaan formula baharu skim pinjaman perumahan tersebut.

Beliau berkata, skim tersebut akan membantu pembeli rumah pertama menangani jurang antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan yang diluluskan oleh pihak bank.

“Sebagai contoh, pembelian rumah Perumahan Rak

Deputy Minister of Finance Datuk Johari Abdul Ghani

yat 1Malaysia (PR1MA), ramai yang ingin memohon tetapi ada pembeli yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan bukan kerana bank tidak memberikan pinjaman tetapi berdasarkan kelayakan pendapatan, kemungkinan bank hanya boleh memberikan pinjaman sebanyak RM200,000 sahaja berbanding harga rumah RM300,000.

“Walaupun kerajaan ada menawarkan skim deposit rumah sebanyak 10 peratus tetapi jika harga rumah RM300,000 manakala bank hanya boleh memberi pinjaman sebanyak RM200,000 sahaja, maka pembeli perlu mencari baki RM70,000 dan kerajaan sedang meneliti formula baharu bagi membantu pembeli rumah pertama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Sistem RMROnline Bagi Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Sementara itu, Johari menyambut baik usaha SPNB mewujudkan sistem pendaftaran rumah secara dalam talian bagi memudahkan rakyat luar bandar memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada SPNB kerana telah membangunkan sebanyak 36,000 Rumah Mesra Rakyat kepada masyarakat luar bandar.

“Melalui pendaftaran sistem dalam talian ini, masyarakat luar bandar yang ingin memohon Rumah Mesra Rakyat boleh me­lakukannya secara dalam talian, malah mereka boleh memantau permohonan tersebut dengan le­bih mudah,” jelasnya.

Credit Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *