Article & Event

KEBAIKAN MELANTIK PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR

ESTATE AGENT Lantiklah Perunding Hartanah (PH) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia. (LPPEH) untuk urusan jual beli hartanah anda. Banyak kelebihan yang akan diperolehi jika memilih untuk berurusan dengan PH dalam memudahkan transaksi jual beli hartanah antara Pemilik dan Pembeli.
Ini kerana mereka yang dilantik oleh LPPEH sebagai PH adalah mereka yang berkemahiran dan Professional. Walaupun mereka datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan profesion, mereka telah dilatih oleh Agensi Hartanah untuk memudahkan Pemilik dan Pembeli mencapai kata sepakat dalam proses jual beli hartanah
Antara kelebihan dan kebaikan melantik PH adalah Pemilik dan Pembeli dilindungi oleh akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Mereka boleh melaporkan kepada LPPEH jika berlaku sebarang salah laku yang dilakukan oleh PH seperti penipuan. Selain daripada itu PH tidak boleh mengambil keuntungan sesuka hati kerana kadar komisen “Professional Fees” telah ditetap oleh LPPEH.

PH juga mempunyai rangkaian jaringan yang besar dalam komuniti hartanah seperti Peguam, Penilai (VALUER), Banker, serta mereka yang terlibat secara langsung dalam urusan jual beli hartanah. Oleh itu proses penjualan serta dokumentasi hartanah dapat dilakukan dengan Mudah, Lancar dan Cepat.

Baru-baru ini seperti yang telah dilaporkan oleh Harian Metro (Isnin, 6 Jun 2016) tentang seorang Broker Haram yang telah dijatuhkan hukuman penjara 16 Tahun kerana menipu pelabur hartanah melibatkan jumlah kerugian RM382,117. Perkara seperti ini tidak akan berlaku jika dari mula mereka memilih untuk berurusan dengan PH yang berdaftar.

Akhir kata kepada mereka yang berminat untuk menjual dan membeli hartanah, lantiklah PH berdaftar anda supaya proses itu tidak mengalami sebarang masalah dan transaksi tersebut berjalan dengan lancar dan duit anda SELAMAT.

Artikel Oleh Nur Solehati & Aizuddin (8 JUN 2016 RABU)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *